Wednesday 5 June 2013

Kelebihan Qailulah..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas lagi..Btw, hari ni acik tersangatlah boring..sekarang acik tengah final exam..so, next paper lambat lagi..untuk mengisi keboringan ni,asyik online jer 24 jam..arrgghhh!mata pon dah jadi macam datuk panda..sebab mengadap lappy 24 jam..Actually, tadi acik terbaca satu artikel kelebihan qailullah...



Haaa!tau tak aper tuh QAILULLAH??Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari..tidur SEBENTAR yer,bukan tidur tak bangun2..waktu yang paling sesuai untuk kita sama2 amalkan Qailullah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor, tapi boleh juga dilakukan selepas Zohor...itu adalah bagi mereka yang istiqamah mengamalkan Qailullah..means kat sini orang yang biasa melakukan Qailullah..

rupan2nya Qailullah ni ada kelebihan dan kebaikan dia..dulu acik pikir kalau tidur sebelum atau selepas zohor ni boleh menggemukkan badan..mana taknya mase tuh baru lepas makan tengahari..okeyh!Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam..wahh!sangat hebat kan?? Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah..

Bukan kita orang islam jer tau yang mengamalkan Qailullah..orang barat pon ikot sama..tapi orang barat tak der lag panggil Qailullah..mereka mengistilahkan sebagai NAP..kat negara barat biasanya melakukan Qailullah dari pukul 2-4 petang..maksud kat sini lepas zohor sebelum asar..Hasil kajian,amalan ini dapat mengelakkan penyakit jantung..hebatkan??

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani untuk melakukan qailulah". (Riwayat Al-Thabrani).
Qailullah juga merupakan sunnah nabi..Kalau kita belajar dan menagamalkan sunnah dalam kehidupan seharian,insyaALLAH kita akan berjaya di dunia dan di akhirat..

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sama-samalah kita amalkan sunnah Qailulah ini. Renung-renungkan dan selamat beramal..


No comments:

 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png