Sunday 5 August 2012

:: tekanan darahku rendah!! ::

"Sakit aper?saya selalu pening2 la doktor..."(tu lah ayat pertama yang di ajukan oleh seorang doktor setelah acik melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan dihadapanya)

Kemuadian acik di minta menghulurkan lengan untuk di periksa tekanan darah yang ada di dalalm badan ni,rase2nya sehat jer xder pape..tapi doktor telah mengatekan "tekanan darah awak ni rendah,(hypertension)"..acik pon mengangguk,konon2 paham..huahua!yedok doktor ni??banyak lah nasihat yang acik dengar dari doktor..

orite!antare tanda2 atau sintom2 darah rendah ialah..ops!sebelum tu acik terangkan apa itu tekanan darah rendah..Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

✿usia

✿aktiviti seharian

✿perasaan

✿ubatan

✿pendarahan

✿infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti stroke,penyakit jantung,penyakit pada mata,pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah..Alhamdulillah!

okeyh!sekarang dah paham kan,barulah acik nak cerita tentang tanda2 atau sintom2 die adalah cepat lelah,means dier akan cepat penat bila melakukan sesuatu,pening kepala ketika badan berubah terutamanya semasa ingin bangun berdiri dari tempat duduk,sukar untuk berkonsentrasi,mata berkunang-kunang,mual2(loyer tekak),kulit berasa dingin, pucat dan lembap,pernafasan cepat dan pendek,cepat haus,kelihatan pucat,berasa ingin pitam dan kekurangan tenaga..kalau ada tanda22 ni cepat2lah jumpa doktor,jangan tanggoh2 lagi bahaya!

Bagi anda yang mengalami masalah ini, anda mungkin bole cuba meningkatkan makanan yang dipercayai kaya dengan zat besi yang diperlukan dalam proses pembentukan Haemoglobin.Makanan untuk menambah darah.Antaranya ialah Hati Lembu,Hati Ayam,Kerang,Sayur Bayam,Tempe(peveret),buah prune dan banyak lagi!

makanlah makanan yang berkhasiat,agar sentiasa di beri kesihatan yang berpanjangan!jangan lupa berdoa!

No comments:

 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png