Thursday 2 August 2012

Soto dan Aiskrim Acik!

Assalamualaikum.. Tibe2 mase ddok kemas2 barang kat bwah katil ni acik terjumpe buku resepi mak yang lame..acik ni suke sangat makan soto,so acik nak tunjuk resepi mak acik ni..mesti sedap punye…yummy!

Bahan2nya adalah,jeng3!:

*nasi himpit

*sup

*sambal kicap

*bahan hiasan

Untuk Sup pulak!:

*1 ekor ayam

*5 ulas bawang merah dihiris halus

*10 ulas bawang putih dihiris halus

*2cm halia diketuk

*4 batang serai diketuk

*1 peket sup bunjut

*sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis

*2 helai daun pandan

*Daun sup secukupnya

*garam secukup rasa

caranya:

Potong ayam dan rebus bersama sup bunjut, halia dan serai yang diketuk. Apabila ayam masak keluarkan dan goreng.Siat2kan bahagian isi ayam untuk ditabur sebagai hiasan.manakala yang selebihnya masukkan semula ke dalam sup bersama daun pandan. Goreng bawang yang telah dihiris halus,bunga lawang dan kulit kayu manis di dalam kuali yang berasingan.Bila dah naik bau angkat dan tuangkan kedalam sup yang telah mendidih.Masukkan garam dan hirisan daun sup dan tutup api.

sambal kicap:

*segenggam cili/ ikut citarasa

*2 ulas bawang putih

*kicap kipas udang secukupnya.

*sedikit gula

caranya: masukkan semua bahan dalm belender dan blend halus, sedia diguna.

bahan hiasan:

*taugeh dicelur

*daun sup dimayang halus

*soohun goreng

*bawang goreng

taraaa!!!!ni lah dier..

Gambar Hiasan

haaa!!sebagai desert dier…

CHOCOLATE ICE CREAM

*1 cwn susu pekat

*1 cwn susu cair

*1 cwn air suam

*3 sudu serbuk koko

*2 cwn coklat masakan dicairkan

*2 sudu besar ovelate

*1 biji telur(mcm kat resepi mak acik,xnk letak pon xper)

mixed kesemua bhn2 hingga berkrim dan pekat...masukan dlm freezer bekukan dlm 2 jam...selepas itu keluarkan semula ais krim dan mixed sekali lg sampai jadi lebih gebu...bekukan semula...klu rajin mixed lagi...

Gambar Hiasan

Selamat mencube!!

No comments:

 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png