Wednesday 8 August 2012

::Kek CHoColate MoiSt::

Bahan A:

2 cawan tepung gandum

1 3/4 cawan gula halus

1 1/4 cawan serbuk koko

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 susu kecil baking powder

ayak semua sekali bahan tersebut..

Bahan B:

4 biji telur gred A

1 susu kecil esen vanilla

1 cawan susu cair

1 cawan minyak jagung

Bahan C:

1 cawan air panas mendidih

toping:

marjerin@butter

susu pekat manis

serbuk koko dan milo

Hiasan:

coklat rice

Cara-cara

1.Satukan bahan A dahulu kedalam bekas. bagi bahan B; pukul telur dahulu dengan pemukul bahulu atau mesin anda yang caNggih2 tu sehingga kembang dan masukkan esen vanila, susu dan minyak.

2.kemudian masukkan bahan B tadi kedalam bahan A. kacau sehingga sebati. selepas itu masukkan bahan C pula dan kacau sebati. tapiskan bahan-bahan tadi sebelum dimasukkan kedalam loyang berukuran 24cm. didihkan air didalam pengukus dahulu dan kukus selama 50minit-sejam tanpa dibuka dengan api yang sederhana sahaja..masa awok2 tengah buat tu..tenggekkan la dulu pengukus tu kat atas api..1 lagi tangan tu jangan gatal asyik nak bukak jer pengukus tu..nanti kang terbantut pulak kek tu..

3.Topping: panaskan periuk dan cairkan marjerin, masukkan susu dan juga serbuk koko beserta milo. kacau sehingga tak berketul-ketul..kalau acik,acik gune coklat bar jer means coklat masakan la..cari dier panaskan air,kemudian ambil periuk 1 lagi..masukkan coklat masakan ke dalam periuk..tenggekkan diatas air yang dipanaskan tadi...

p/s:mase cairkan coklat tu,campurkan sedikit minyak..jangan sesekali letak air.nanti coklat awok2 ni jadi keras..tau kan macam mane nak tau kek tu da masak or tak..lau yang dah tau tu duduk senyap2..yang xtau lagi tu,meh cni nak bagi tau..cenggini,amek la lidi,if xder lidi kat rumah tu..jangan penatkan diri nak cari lidi..guna garpu pon boleyh!xtau mcm mane?ish..cucuk la kek tu..if xmelekat kek tu kat garpu,means kek anda dah masak..

No comments:

 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png