Thursday, 5 December 2013

Kerana Laici Susu

Assalamualaikum..
agak2 ape kesnya untuk kali ni??
sape tau?sape tau?
cepat2 nak bagi chewing gum ni kalau boleh teka..hehehe

Kerana Laici Susu??
ya kerana Laici Susu orang kata Acik pelik..
Dalam hati tertanya2 jugak kenapa pelik?apa yang pelik?
adakah Acik yang pelik?kulihat atas,ku lihat kiri dan kanan..
tak der pulak yang pelik..

tibe2 abang jual air tanye..
"agak2 kat upsi ade berapa orang?ratus atau ribu"
Acik jawab : 
"entah ribu kot.."
abang tu cakap : 
"dalam beribu2 orang kat sini awak sorang jer yang pernah order air laici susu"
Dalam hati mula bisik sorang2: 
yeke?rase macam nak ketawa,tapi memang dah ketawa kat situ jugak..
hahahaha...Siap jer air faveret Acik,abang tu pesan lepas ni kalau nak datang kedai ni jangan order pelik2..aish!abang air yang pelik cakap kite pulak pelik..

okeyh!jangan lah pelik lepas ni..
kan kita yang buat air tuh..
bukan air buat kite..betul tak?
sesape yang tak pernah dengar tu..
lepas ni cube2 lah order kat kedai..
sedap wohhh...
Acik suke..!


Monday, 2 December 2013

Duitku Pokai sudah

Assalamualaikum..!
jumpa lagi kita untuk hari ni..
masih sempat untuk mengisi masa lapang sementare tunggu pensyarah masuk ke kelas..
waaahhaa!
hari ni masih buntu kekakuan,kesejukan dan kebasahan..
akibat kedegilan yang melanda..
untuk Acik meredah hujan untuk kek kelas..
Walhal, bas sudah di sediakan..

Bukan kerana berlagak atau sombong..
sebab Acik nak berkejar untuk berbuka puasa..
hmmm..nak makan apa yer harini??
kalau ikotkan nafsu yang melonjak tinggi..
nak makan macam2..
nak makan pizza,kfc,kek KIA ABDUL ker..
yummm!sedapnya..
tapi apakan daya..duitku sudah pokai..poket ku kosong hanya berisikan angin..
kikikikiki~

PTPTN kan ado??
aiyakkk!itu pon sudah habes maa...
mane mau korek lagi ni..
So, cuba cari jalan lain untuk berjimat..
Ohh..yer harini ada pasar malam..
boleh lah Acik pergi beli Charkuew teau untuk berbuke nanti..
macam sedap jer..macam best jer kan..
ok u all!kepada yang berpuase harini..
Selamat beriftar la yer..
kepada yang tak tu..
AHhhaa!bile nak abeskan puase ganti tuh..

Ok..lpensyarah pon dah masuk..
lebih elok Acik undur diri..
best student la katekan..
yeahh!sentiase fokus dalam kelass..
Choiiii!


Sunday, 1 December 2013

Bibir ketawa, Hati menanges!

Cuaca di luar rumah,masih mendung dan gelap,..Sang matahari  menyembunyikan dirinya di sebalik awan yang redup,.,Hanya biasan cahaya sahaja yang bisa mencelahi disebalik kegelapan itu,.Tiada petanda yang menunjukkan hari itu Hari yang Cerah,..Seolah-olah waktu itu, masih awal ,.lebih kurang pukul 8.00 pagi,.Padahal,.waktu  berlalu dengan pantasnya menghampiri pukul 12.40 pm..



Lalu ku hirup udara segar yang telah di berikan oleh MAHA PENCIPTA..timbul rasa bersyukur yang tidak terhingga meski diri ini terlalu daif untuk di kurniakan nikmat sebegitu sempurne olehNYA..
Andai diri ini khilaf kepadaMu,KAU sedarkanlah sebelum aku terlambat..

Dah lama nak mencatat apa yang terkandung dalam hati ini..namun baru sekarang Acik berani untuk bercerita bersame kalian..walaupon ia hanya sebuah tulisan bukan dari lafaz bibir..Dengan cara inilah yang termampu untuk meluahkan..Acik bukanlah seorang yang mudah untuk meluahkan apa yang Acik rasekan kepada orang..itulah Acik sebenar,hanya berlakon di hadapan orang..berpura-pura gembira..KAdang-kadang bila hati tak mampu menahan kesedihan, bibir yang sentiasa mengukir senyuman..mata yang pandai menyorokkan segala kesedihan, berubah menjadi seorang yang lemah!

Yaaa!sebenarnya lemah!namun Acik cuba untuk tidak meluahkan atau menunjukkan kesedihan kepada rakan lain..biarlah orang menyakitkan kita,jangan kita menyakitkan orang..Acik bukan sesiapa,. hanya Seorang hambaNya yang kerdil,.Yang tidak lari dari salah dan silap,.Kerana Saya bukan sempurna,.

Sering sahabat berkata :

" Acik ni galok lah..peramah sangat ngan orang..sengeh sokmo"

Terus Acik ketawa berdekah-dekah,.Sengaja Acik cuba mengusik dan bergurau dengan kawan,. menyembunyikan perasaan yang tersirat di jiwa,.Menangis di dalam hati,.Tak mampu untuk diluahkan,.

Bibir ketawa, Hati menanges!

Menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah,namun apabila ujian atau dugaan terpikul di bahu sendiri,hakikatnya ia sungguh payah.Sebagai hamba Allah,kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremuk redamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan.Sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa..Lain orang lain cara menangganinya,.Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan air mata yang mencurah,ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati,meskipun bibirnya tersenyum lebar.

Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan.Jauh sekali,untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan.Sesekali menangis,.hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil..Sesekali menangis,jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha..Sesekali menangis,percayalah,Bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih,tetapi Dia mahu kita rapat padaNya,lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya,.Subhanallah!

Doakan AKU terus tabah untuk berdiri di atas pentas dunia!



 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png