Monday, 6 August 2012

::1000 KesiLapaN & KemAafaN::

Tempoh kenal antare satu same lain yang begitu singkat!terlalu singkat,hanya memandang dari jauh..tapi hati tidak berani menyatakan “aku suka kau lah!!”..hari2 yang di lalui seperti biase..kadang2 apabila terserempak hanya menjeling di ekor mata..tidak berani untuk menolehkan muka…kerana apa,kerana aku hanya seorang insan yang berjantinakan “wanita”… sepoi2 angin bertiup perlahan sehinggalah menyentuh gegendang telingaku..sahabat pena ku berkate SI DIA juga menyimpan perasaan yang sama..terpakselah cover muke!kononnya,menidakkan fact yang di katakan tadi..dalam hati tuhan jer yang tahu..betapa melompatnya lubuk hatiku!kahkahkah!
..sehinggalah pada waktu ketika kami tercontact!!(hahaha)..di situlah bermulanya perkenalan antara AKU DAN DIA.. perkenalan yang tidak disangkakan..Terkejot!!(kenape pulok??)sebab..rupa2nya,2 insan ini menyimpan perasaan yang same..(Alhamdulillah!)
Setelah lame berkenalan,mengenali hati budi masing2,perasaan,perangai dan berbagai2 lagi..terasa sungguh hepi!walawehh!setiap apa yang di buat sentiasa bersame..terasa diri sentiase diprotect oleh sang putera yang hebat!huahuahua…sehinggakan sahabat2 sering menegur,”Amboi2,macam belangkas..”tapi aku hanya tersenyum kera yang konon2nya malu…kuikuikui!geli bulu kaki..kihkihkih..
Syukur,even perkenalan ini tidak lame..restu dari kedua ibu bapa AKU DAN DIA sudah pon di beri..juz kami jer yang perlu jaga hubungan ini..”yesss!”
Masing2 berjanji setia..berjanji tidak akan menimbulkan pergaduhan..berbincang bersame2 untuk menyelesaikan apa jua masalah yang bakal tiba…tapi janji hanya tinggal janji,aku sentiasa melupakan janji itu..hanya DIA yang masih memegang utuh janji itu..tapi aku??seronok dengan diri aku sendiri,tidak Nampak calar di hatinya..
Mana mungkin setiap perhubungan tidak pernah mengalirkan airmata..wanita??semua same..cerewet!FUSSY xtentu pasal,tapi..ketahuilah wahai bakal pembimbingku!kadangkala mereka ingin mengikut katanya sekali-sekala..^^..tidak perlu meragui sifat keikhlasan seorang wanita..
Walaupun angin taufan sering melanda,petir menyambar-nyambar.. SI DIA! tetap akur dengan apa yang berlaku,sentiasa menebalkan kesabarannya untuk menempuh segalanya!apa yang dia lakukan semuanya tidak kene..yang aku Nampak hanya kesalahannya,sehingga setiap yang aku buat semua betol,tapi ternyata aku yang salah..arrggghh!kejam!beribu kali aku meminta maaf..tapi SI DIA! sentiasa memaafkan aku tanpa mengungkit sikit pon kesalahan yang pernah aku lakukan..Katanya,Dia seorang lelaki,sememangnya di ciptakan untuk sentiasa bersabar dengan sikap hawa yang mempunyai pelbagai ragam..betapa mulianya hatimu!
Yeaahh!baru aku sedar..lelaki memang seorang yang tabah dan sabar..tapi bukan untuk di lukai sentiasa,kerna DIA mempunyai hati dan perasaan..”begitu banyak silapku” detik lubuk hatiku…katanya juga,"Setiap apa yang berlaku akan lebih mematangkan kita.."Maafkan aku wahai NUR KASIH HATI! aku insan yang lemah..
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya..

Sunday, 5 August 2012

:: tekanan darahku rendah!! ::

"Sakit aper?saya selalu pening2 la doktor..."(tu lah ayat pertama yang di ajukan oleh seorang doktor setelah acik melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan dihadapanya)

Kemuadian acik di minta menghulurkan lengan untuk di periksa tekanan darah yang ada di dalalm badan ni,rase2nya sehat jer xder pape..tapi doktor telah mengatekan "tekanan darah awak ni rendah,(hypertension)"..acik pon mengangguk,konon2 paham..huahua!yedok doktor ni??banyak lah nasihat yang acik dengar dari doktor..

orite!antare tanda2 atau sintom2 darah rendah ialah..ops!sebelum tu acik terangkan apa itu tekanan darah rendah..Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-

✿usia

✿aktiviti seharian

✿perasaan

✿ubatan

✿pendarahan

✿infeksi

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti stroke,penyakit jantung,penyakit pada mata,pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah..Alhamdulillah!

okeyh!sekarang dah paham kan,barulah acik nak cerita tentang tanda2 atau sintom2 die adalah cepat lelah,means dier akan cepat penat bila melakukan sesuatu,pening kepala ketika badan berubah terutamanya semasa ingin bangun berdiri dari tempat duduk,sukar untuk berkonsentrasi,mata berkunang-kunang,mual2(loyer tekak),kulit berasa dingin, pucat dan lembap,pernafasan cepat dan pendek,cepat haus,kelihatan pucat,berasa ingin pitam dan kekurangan tenaga..kalau ada tanda22 ni cepat2lah jumpa doktor,jangan tanggoh2 lagi bahaya!

Bagi anda yang mengalami masalah ini, anda mungkin bole cuba meningkatkan makanan yang dipercayai kaya dengan zat besi yang diperlukan dalam proses pembentukan Haemoglobin.Makanan untuk menambah darah.Antaranya ialah Hati Lembu,Hati Ayam,Kerang,Sayur Bayam,Tempe(peveret),buah prune dan banyak lagi!

makanlah makanan yang berkhasiat,agar sentiasa di beri kesihatan yang berpanjangan!jangan lupa berdoa!

Friday, 3 August 2012

T|A|N|D|A|-|T|A|N|D|A| C|I|N|T|A| Y|A|N|G| S|E|M|A|K|I|N| P|U|D|A|R

“Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan”.~ Mahatma Ghandi~

Tut!tut!...baru2 ni ada seorang sahabat yang selalu bercerita tentang masalahnya bersama ehem2..(boyafrenz)..katenye (boyafrenz) nya itu banyak berubah sejak kebelakangan ini..so,kat entry kali ni acik nak bagitau lah macam mane nak tau kalau cinta seseorang itu semakin pudar..tak kire lah laki2 ker pompuan ker…asalkan manusia,berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui dalam diri yang banyak kekurangan ni..,adakah betul atau tidak?jom2 kita tengok sama2..

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR…

♥ Malas angkat telefon..

♥ Taip sms pun pendek2 jer..

♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!

♥ Bagi alasan ‘awak nie terlalu baik untuk saya. saya tak layak untuk awak.’

♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!

♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..

♥ Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati..

♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun.. sebulan x jumpa lagi bagus..

♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..

♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..

♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..

♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..

♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching.. sekarang dah taknak.. rimas katanya.. poyo plak dah katanya sekarang..

♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,.. katanya hp cepat panas…

So,kepada abang2 dan akak2…hati2 yer bila pasangan anda sebegini rupe..settlekan dengan teliti..kene banyak bersabar seperti hero saya…♥♥♥

Yang acik typing kat atas tu maybe tidak lah betul semua..bak kater pepatah,”Sedangkan Lidah lagi tergigit,Inikan pula Suami Isteri”..so,bersabarlah diatas dugaan yang melanda..minta kepada-NYA yang lebih mengetahui segala2nya…perempuan yang baik kan untuk laki2 yang baik juga…berdoa jerlah…AMIN!

 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png