Sunday 29 September 2013

Sandiwara Cinta

Assalamualaikum!
ishhh!tibe jer malam ni nak berjiwang..kan3?
lagu ni..Jom la kita karoke ramai2..!


Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit


Thursday 26 September 2013

Mokcik Urut Versi Moden

Hye!Assalamualaikum dan Selamat malam wahai reader yang Acik rindui..
Acik nak bagi tau kat korang yang Acik ade personal tukang urut tau,
sangat cumilll!




ahaaaa!ni lah mokcik tukang urut tuh,hmmm..boley tahan la urutan mokcik ni..kalau agak2 macam lenguh tu..suroh jer mokcik ni urut..Alhamdulillah kurang la sikit lenguh2 badan tuh..hehehehe...mesti korang bayangkan kerusi urut ogawa tu kan??di luar kemampuan Acik la nak beli kerusi urut tu..kalau yang atas ni juz RM10 jer...sape nak?sape nak?mai la tempah kat Acik..bagi duet..Tapi..duet tu Acik beli KFC..acaner??nak tak..hehehehe...

Juz kidding beb!kalau korang nak mokcik urut macam kat atas ni..korang pegi cari kat ICT shah alam nuh..Acik jumpe bende ni kat sane la..tapi kalau kat tempat lain Acik xtau la pulak..try la search kat mane2..mane la tau ade jual online ker...

Acik ingat nanti nak beli lagi, nak beli untuk mak Acik..nanti boleh la time mak Acik bosan2..suroh mokcik urut tolong urut..bahasa paling moden dia..Aaaaa!Massage...teknik memanjekan badan kite..sometime badan kita ni nak jugak di manjakan..setelah sekian lame kita gunakan dia..apa salahnya kalau kita manjakan sekejap..supaya darah tu berjalan lancar inshaALLAH..

oke la beb beb sekalian!Acik caucincau!duluuu....Assalamualaikum!

Tuesday 24 September 2013

Saya Sayang Dia!

Hye Peeppss!ops,Assalamualaikum kepada semua yang sudi melawat walau hanya untuk beberapa minit...Firstly, apa yang mungkin Acik teruja hari ni, Alhamdulillah pergi ke kelas pukol 8 dan tidak terlewat untuk bangkit dari tempat tidur..Malam tadi balas dendam, Acik cube bunyikan alarm setiap 10 minit dia berbunyi..start dari pukol 6...Perhh!dasyat kan??liat tak liatnya Acik nak bangun pagi..Mase semester 1 hingga 4 dulu ada jugak yang tolong bangunkan Acik..Tapi, Semester 5 ni timetable Acik ngan roomate tak same..So, tak nak la nyusahkan orang suroh kejutkan Acik..Mahu atau Tidak Acik cube cari cara macam mane nak cube bangun sendiri...hihihihi..Aishhh!Acik..Acik..dah semester 5 kot!tak kan tak boleh nak bangon sendiri...**tu lah masalah yang sering Acik hadapi setiap Semester iaitu masalah susah nak bangun pagi**


SAYANG DIA!

Jeng!Jeng!tengok ni apa yang atas tuh..ni lah Acik punye binatang peliharaan sekarang..Acik baru jer beli semalam tau..Acik mula terdetik nak beli ikan ni mase Acik duduk termenung sorang2..Sekurang2nya Acik ade teman untuk bersembang, even ikan2 ni tak boleh nak bercakap..mungkin boleh kurangkan lah sikit stress Acik...Erggghh!stress dengan asaimen individu, group lagi, masalah orang sekeliling...kan2?orang kata "cuba terapi pemikiran"..yer2 jer Acik!krekkkk!

Oleh kerana ikan ni IKAN LAGA..Acik kene la asingkan dorang..nanti dorang bergaduh pulak..dah la jantan same jantan..di buatnya main gusti2, mati pulak aek..Acik dah bagi nama kat dorang..yang sekor MR.Blue dan sekor lagi MR.Black..mule2 nak bagi nama MAT Blue dan Black..Bila pikir balik macam kampung sangat jer kan..So,letak la name bandar2 sikit..kikikikiki!

Demi keselesaan dorang..Acik dengan semangatnya beli botol kaca untuk dorang..biar nampak cantek sikit kan macam banglo..Arap2 jangka hayat dorang lame lah!Acik sayang dorang sebab untuk pertame kalinya Acik ade binatang peliharaan..Kucing???errrrr..Acik tak suke kucing dan sewaktu dengan nya..means,yang berbulu2...bukan takot ker hape..memang tak suke...

ok lah kalian semua..Acik undur diri dulu yer..nak beradu seketika sementare menunggu kelas seterusnya pukol 3 petang ni..Daaa!asaalamualaikum!

Monday 23 September 2013

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!

Ayuh join segmen ni!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Sunday 22 September 2013

Indahnya Hidup bersyariat!



Assalamualaikum dan Salam ukhwah!
untuk pertama kalinya bagi semester 5, Acik menghadirkan diri di majlis ilmu..
"Kempen Indahnya Hidup Bersyariat"
yang di sampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim!
kamu,kamu dan kamu kenal tak sape hamba ALLAH yang di sebut tadi??
ahhha! beliau adalah abang kepada Arwah Ustaz Asri Rabbani..
kenal tak?kalau tak kenal silalah search intenet!
mudahkan caranya...

Apa yang nak Acik kongsikan daripada Majlis ilmu tersebut..
Amatlah berharga untuk kita yang masih bergelar manusia yang lemah!
Antara pengisiannya ialah : 

1. Sangatlah mulia sekiranya setiap apa yang kita lakukan dimulakan dengan Lafaz..
" Bismillah "! sebagai tanda setiap apa yang kita lakukan sebagai ibadah kepadaNya..

2. Dan di sudahi setiap apa yang dilakukan dengan Lafaz " Alhamdulillah "!
walaupon usai membuang tuuuutt! **kate ustaz**

3. Menyebut "inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un" yang bermaksud   sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali..Lafaz ini bukan sekadar di sebut apabila mendengat khabar tentang kematian..Malah ketika kita di timpa musibah juga..

4. Juga menyebut "La haula wala quata illa billa" maksudnya Tiada kekuatan melainkan dariMU ya ALLAH..bersandarlah kepadaNYA selepas kita tiada kekuatan lagi..

5. Mengenai Zikir pula, tak perlu risau mengenai cara penyampaiannya..**berlagu atau pon tidak**
Sudah cukop memahami dan khusyuk ketika zikir kepadaNYA

6. Sekarang tidak ramai yang mengorbankan daging ketika raya haji, Namun ramai yang mengorbankan daging saudara sendiri..**mengumpat**

7. Jangan burukkan pemimpin..walaupon kita tidak menyukai cara kepimpinan beliau..
kerana suatu ketika dahulu, Nabi S.A.W pon sangat menghormati pemimpin yahudi malah meraikan kehadiran mereka..

8. Membiasakan dan mengamalkan lidah sentiasa menyebut "La ila haillallah"..kerana ayat itulah yang akan di sebut di saat nyawa berpisah dari jasad..

9. Setiasa berselawat ke atas NABI S.A.W..

mungkin ada lagi yang tertinggal, tapi mungkin tu jer yang Acik ingat..semoga perkongsian ini memberi sedikit ilmu utuk kalian..
Indahnya Hidup bersyariat a.k.a Indahnya Jika Kita Amalkan!
Terima Kasih dan Assalamualaikum!


~Ambil Jalan mudah~

Hye semua..Assalamualaikum untuk semua kalian yang bergelar khalifah di atas bumi ALLAH!
masih lagi di beri peluang untuk bernafas..Alhamdulillah!
Namu apakah topik yang di sampaikan pada hari ni??


persoalannya kenapa sesetengah orang suka mengambil jalan mudah?
Demi mempertahankan egonya..
manusia sering membuat keputusan tanpa memikirkan perasaan orang lain..
Mungkin bagi mereka, kenapa perlu memikirkan perasaan orang lain..
Sedangkan perasaan mereka tidak di jaga..
Akan tetapi adakah betul tindakan tersebut??
Adakah ini yang di namakan IKHLAS dalam melakukan sesuatu perkara..
RENUNGKANLAH!

Meninggalkan di saat mereka tidak di perlukan, Mencari di saat mereka memerlukan..
bagi Acik sudah menjadi perkara biasa..
seringkali terjadi dalam kehidupan yang serba kekurangan..
ohh!mungkin diri ni tidak layak untuk di sayangi..
mungkin kerana ALLAH turunkan ujian ini untuk menguji sekuat mane kesabaran Acik!
sekuat mane SETIA nya Acik terhadap PENCIPTA nya..

Ya ALLAH!sesungguhnya hamba Mu tidak kuat untuk menghadapi segala ujianmu untuk berhadapan dengan Hamba-MU yang lain..
Hati Hamba-MU sangat longlai di saat ujian MU datang..
KAU peliharalah KEKUATANku supaya tidak jatuh di persimpangan jalan!

Seandainya segala apa yang dilakukan ini benar, KAU tetapkanlah hati ini..
Supaya tidak menyesal di kemudian hari..

‘”Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil ‘Azim.”
“Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.”


Friday 20 September 2013

Rindu Kakak!

Hye!Assalam untuk semua sahabat..
Semoga sentiasa di bawah Rahmat-Nya..
InsyaALLAH!
Untuk entry kali ni..~Rindu Kakak!~
Sape eyh kakak tuh?kakak tu sebenarnye bukan kakak Acik..
But itulah anak sedare Acik..
Nama di beri Nur Mariessa Maisarah!indah nama tuh..

**yang Kecik tu kakak a.k.a Anak Sedare**

Kalau korang nak tau mase kakak kecik,Acik yang jage dia..
Tapi..bila dah semakin dewasa Acik tak boleh la nak jage dah,
sebab Acik pon sebok dengan study..

Even, kami jarang jumpe..
Tapi still contact! budak2 sekarang kan dah berubah!
Dah pandai main internet..
fuhhh!mase zaman2 Acik dulu..
nak tekan komputer pon takut,inikan pula nak main smartphone!
perhhhh!keje gilee..


Sangat Sweetkan bile Anak sedara menyatakan die sayang kite...
Acik sayang kakak jugak!
Dah lame Acik xjumpe kakak..
rindu yang teramat...
I mizz u KAKAK!


Tuesday 17 September 2013

Arghhh!Malunye..

Assalamualaikum dan selamat petang semua..sudah tentu ramai yang masih berdengkur di atas katil..Almaklumlah petang2 macam ni ditambah pulak dengan angin sepoi...memang la syok kalau nak tido kan..yang tak syoknye Acik ada kelas pulak pukol 3 ni..Tapi...kenapa Acik dah siap yer nak pergi kelas???excitedkah??ohhh..tidakkk!!Acik selalu silap timetable, ingatkan kelas pukol 2..btw, apa salahnye kan, boleh jugak Acik nak update blog sekejap...

"Arggghhh!Malunye.." kenapa ni Acik?? Ceritanya bermula pada hari semalam,masa tu Acik dengan sahabat Acik pergi KFC,konon2nye nak pergi berjimba dekat Tasik Proton City nak makan2..Ape yang terjadi, dari jauh Acik dah perasan ade yang memerhatikan Acik dari jauh..Perhh!rasa nak pergi jer dekat orang tuh kasi makan penumbuk yang agak kuat!...rase sangat tak selesa bile setiap pergerakan kita di perhatikan..mula terpikir2 dekat benak pikiran ni ha.."aishhh!orang ni pandang macam nak telan,tiada hidungkah aku ni..brrrr!"

Selesai sahaja membeli, terase amat lega di hati sebab kalau boleh nak balik cepat2...nak tau apa yang jadi??keluar jer pintu KFC tu..Acik ingat orang tuh nak ragut ker apa..sebab dia pon ikot keluar jugak..rupa2nya nak bagi sehelai tisu yang bertuliskan something lah...uwaaa!malunye..semua orang kat situ pandang pelik...Siot la orang ni, tak boleh ker buat perangai senonoh sikit...geram!



okeh!abes citer tadi..ubah cerita lain pulak..sesampainya kami dekat Tasik Proton City..rase tenang jer, hilang segala masalah..tengok gelagat orang, tapi masa tuh ramai pulak manusia yang pakai jubah konvo berphotoshoot!Acik ni bila lah yer...tak sabar jugak rasenye nak merasa hari JUBAH!alangkah seronoknya mase tuh kalau berkonvo bersame2 TUNANG!ceyyhh..angan2 jer tuh, sebab dalam planning nak tunang before konvo..juz merancang lah...



At the last kata-kata...sesape insan yang bernama laki2..jangan buat lah macam tuh lagi..kalau suka pergi datang meminang..kikikiki..gurauan semate2..Acik nak pergi kelas dulu..Bye semua!Assalam!





Wednesday 11 September 2013

Cuba Didik Hati

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar..Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya..

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang.. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan...Acik bukanlah manusia yang sempurna..Mungkin pada zaman silam Acik pernah melukakan hati dan mencabut rasa tenang orang lain.. Mungkin kata-kata Acik sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang Acik persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan..Yaa..meminta maaf adalah jalan yang terbaik sebagai seorang manusia yang punya hati..

Acik menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik..bukan juga hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik..hanya menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi..Ambil hati, Sakit hati, Pedih hati, Terasa hati..Semua rase tu Acik yakin semua orang pernah melaluinya..Mana mungkin semua orang hidup gembira tanpa sebarang rase tersebut..Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu...Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan..Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.. Nauzubillah!

Maka didiklah hati agar sentiasa positif..Positif menjadikan kita bersangka baik..Bersangka baik lebih menenangkan hati..Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah..Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana..Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya..Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai’e..

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci..Andai ada yang tidak berpuas hati..Andai ada yang tidak menyenangi kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia..Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat...

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai’e.

Monday 9 September 2013

Bravo! Giveaway by Ieyra Ghani

Assalam..firstly Acik dah lame tak aktif dalam bersegmen oleh kerana kesibukan kerja..Now,Acik baru nak mule aktif semula..kat sini Acik ingin menyeru kawan2 join segmen Bravo!Giveaway by Ieyra Ghani!!




First off all, peserta mestilah mempunyai sifat jujur dalam diri! Jom ramai ramai meriahkan Bravo! Giveaway by Ieyra Ghani ini! Pelbagai hadiah yang menarik menanti para pemenang!

Promot habis-habisan untuk memenangi kategori top referral (6 pemenang )yang bakal memenangi ;

 Baju random x3 
 Lil' Basket Hamper x2
 Blouse Zebra x1

Yang selebihnya akan ditentukan oleh pakcik random 100%

Semua peserta Wajib ikut syarat daripada penganjur dan {para sponsor} yang telah menaja {pelbagai jenis hadiah!}

 Sekian!

Sunday 8 September 2013

~Hadirnya Pelangi~

Alhamdulillah acik masih di panjangkan umur untuk menghirup udara yang di kurniakan olehNYA dan masih memberikan Acik peluang untuk melunaskan segala tanggungjwab Acik sebagai Hamba dan juga Anak..8 September 2013 genaplah umur Acik yang ke 2**??rahsia lah,tapi apa yang pasti Acik masih mude..cetttt!

Even berlaku peristiwa yang sangat menyakitkan dan mungkin bagi Acik..hmmm, peristiwa yang tersangatlah sukar untuk Acik terima..But Acik kuatkan hati,kuatkan jiwa untuk terima segala yang berlaku dengan ikhlas…Percaya pada Tuhan,kata seorang teman :  tak semestinya  DIA beri kesedihan kepada hambanya kerana benci kepada hambanya..Malah DIA sebenarnya mahukan Acik lebih matang dalam menjalani kehidupan..in Shaa ALLAH!

Teringat pada satu kata-kata yang berbunyi..”Kadang-kadang ALLAH  sembunyikan matahari, kemudian DIA berikan pula kita hujan dan kilat,Lalu kita tertntanya-tanya kemanakah perginya matahari,rupa-rupanya ALLAH berikan kita pelangi”..

Masih juga memanjatkan kesyukuran kerana hadirkan teman ketika Acik betul2 memerlukan..terima kasih teman sebab menggantikan hujan dan kilat kepada pelangi..Bibir yang mengukir senyuman tak semestinya gembira di saat itu..apa salahnya perlahan2 untuk meninggalkan kesedihan kepada kegembiraan..



Aucakkk!tennzzz yeah sebab belanja Acik Pizza!even kek tak der,Acik tetap hargai apa yang diberi..


 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png