Sunday 22 September 2013

Indahnya Hidup bersyariat!



Assalamualaikum dan Salam ukhwah!
untuk pertama kalinya bagi semester 5, Acik menghadirkan diri di majlis ilmu..
"Kempen Indahnya Hidup Bersyariat"
yang di sampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim!
kamu,kamu dan kamu kenal tak sape hamba ALLAH yang di sebut tadi??
ahhha! beliau adalah abang kepada Arwah Ustaz Asri Rabbani..
kenal tak?kalau tak kenal silalah search intenet!
mudahkan caranya...

Apa yang nak Acik kongsikan daripada Majlis ilmu tersebut..
Amatlah berharga untuk kita yang masih bergelar manusia yang lemah!
Antara pengisiannya ialah : 

1. Sangatlah mulia sekiranya setiap apa yang kita lakukan dimulakan dengan Lafaz..
" Bismillah "! sebagai tanda setiap apa yang kita lakukan sebagai ibadah kepadaNya..

2. Dan di sudahi setiap apa yang dilakukan dengan Lafaz " Alhamdulillah "!
walaupon usai membuang tuuuutt! **kate ustaz**

3. Menyebut "inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un" yang bermaksud   sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali..Lafaz ini bukan sekadar di sebut apabila mendengat khabar tentang kematian..Malah ketika kita di timpa musibah juga..

4. Juga menyebut "La haula wala quata illa billa" maksudnya Tiada kekuatan melainkan dariMU ya ALLAH..bersandarlah kepadaNYA selepas kita tiada kekuatan lagi..

5. Mengenai Zikir pula, tak perlu risau mengenai cara penyampaiannya..**berlagu atau pon tidak**
Sudah cukop memahami dan khusyuk ketika zikir kepadaNYA

6. Sekarang tidak ramai yang mengorbankan daging ketika raya haji, Namun ramai yang mengorbankan daging saudara sendiri..**mengumpat**

7. Jangan burukkan pemimpin..walaupon kita tidak menyukai cara kepimpinan beliau..
kerana suatu ketika dahulu, Nabi S.A.W pon sangat menghormati pemimpin yahudi malah meraikan kehadiran mereka..

8. Membiasakan dan mengamalkan lidah sentiasa menyebut "La ila haillallah"..kerana ayat itulah yang akan di sebut di saat nyawa berpisah dari jasad..

9. Setiasa berselawat ke atas NABI S.A.W..

mungkin ada lagi yang tertinggal, tapi mungkin tu jer yang Acik ingat..semoga perkongsian ini memberi sedikit ilmu utuk kalian..
Indahnya Hidup bersyariat a.k.a Indahnya Jika Kita Amalkan!
Terima Kasih dan Assalamualaikum!


 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png