Wednesday 11 September 2013

Cuba Didik Hati

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar..Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya..

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang.. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan...Acik bukanlah manusia yang sempurna..Mungkin pada zaman silam Acik pernah melukakan hati dan mencabut rasa tenang orang lain.. Mungkin kata-kata Acik sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang Acik persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan..Yaa..meminta maaf adalah jalan yang terbaik sebagai seorang manusia yang punya hati..

Acik menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik..bukan juga hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik..hanya menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi..Ambil hati, Sakit hati, Pedih hati, Terasa hati..Semua rase tu Acik yakin semua orang pernah melaluinya..Mana mungkin semua orang hidup gembira tanpa sebarang rase tersebut..Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu...Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan..Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.. Nauzubillah!

Maka didiklah hati agar sentiasa positif..Positif menjadikan kita bersangka baik..Bersangka baik lebih menenangkan hati..Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah..Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana..Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya..Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai’e..

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci..Andai ada yang tidak berpuas hati..Andai ada yang tidak menyenangi kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia..Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat...

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai’e.

No comments:

 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png