Tuesday, 24 September 2013

Saya Sayang Dia!

Hye Peeppss!ops,Assalamualaikum kepada semua yang sudi melawat walau hanya untuk beberapa minit...Firstly, apa yang mungkin Acik teruja hari ni, Alhamdulillah pergi ke kelas pukol 8 dan tidak terlewat untuk bangkit dari tempat tidur..Malam tadi balas dendam, Acik cube bunyikan alarm setiap 10 minit dia berbunyi..start dari pukol 6...Perhh!dasyat kan??liat tak liatnya Acik nak bangun pagi..Mase semester 1 hingga 4 dulu ada jugak yang tolong bangunkan Acik..Tapi, Semester 5 ni timetable Acik ngan roomate tak same..So, tak nak la nyusahkan orang suroh kejutkan Acik..Mahu atau Tidak Acik cube cari cara macam mane nak cube bangun sendiri...hihihihi..Aishhh!Acik..Acik..dah semester 5 kot!tak kan tak boleh nak bangon sendiri...**tu lah masalah yang sering Acik hadapi setiap Semester iaitu masalah susah nak bangun pagi**


SAYANG DIA!

Jeng!Jeng!tengok ni apa yang atas tuh..ni lah Acik punye binatang peliharaan sekarang..Acik baru jer beli semalam tau..Acik mula terdetik nak beli ikan ni mase Acik duduk termenung sorang2..Sekurang2nya Acik ade teman untuk bersembang, even ikan2 ni tak boleh nak bercakap..mungkin boleh kurangkan lah sikit stress Acik...Erggghh!stress dengan asaimen individu, group lagi, masalah orang sekeliling...kan2?orang kata "cuba terapi pemikiran"..yer2 jer Acik!krekkkk!

Oleh kerana ikan ni IKAN LAGA..Acik kene la asingkan dorang..nanti dorang bergaduh pulak..dah la jantan same jantan..di buatnya main gusti2, mati pulak aek..Acik dah bagi nama kat dorang..yang sekor MR.Blue dan sekor lagi MR.Black..mule2 nak bagi nama MAT Blue dan Black..Bila pikir balik macam kampung sangat jer kan..So,letak la name bandar2 sikit..kikikikiki!

Demi keselesaan dorang..Acik dengan semangatnya beli botol kaca untuk dorang..biar nampak cantek sikit kan macam banglo..Arap2 jangka hayat dorang lame lah!Acik sayang dorang sebab untuk pertame kalinya Acik ade binatang peliharaan..Kucing???errrrr..Acik tak suke kucing dan sewaktu dengan nya..means,yang berbulu2...bukan takot ker hape..memang tak suke...

ok lah kalian semua..Acik undur diri dulu yer..nak beradu seketika sementare menunggu kelas seterusnya pukol 3 petang ni..Daaa!asaalamualaikum!

Monday, 23 September 2013

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!

Ayuh join segmen ni!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Sunday, 22 September 2013

Indahnya Hidup bersyariat!



Assalamualaikum dan Salam ukhwah!
untuk pertama kalinya bagi semester 5, Acik menghadirkan diri di majlis ilmu..
"Kempen Indahnya Hidup Bersyariat"
yang di sampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim!
kamu,kamu dan kamu kenal tak sape hamba ALLAH yang di sebut tadi??
ahhha! beliau adalah abang kepada Arwah Ustaz Asri Rabbani..
kenal tak?kalau tak kenal silalah search intenet!
mudahkan caranya...

Apa yang nak Acik kongsikan daripada Majlis ilmu tersebut..
Amatlah berharga untuk kita yang masih bergelar manusia yang lemah!
Antara pengisiannya ialah : 

1. Sangatlah mulia sekiranya setiap apa yang kita lakukan dimulakan dengan Lafaz..
" Bismillah "! sebagai tanda setiap apa yang kita lakukan sebagai ibadah kepadaNya..

2. Dan di sudahi setiap apa yang dilakukan dengan Lafaz " Alhamdulillah "!
walaupon usai membuang tuuuutt! **kate ustaz**

3. Menyebut "inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un" yang bermaksud   sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali..Lafaz ini bukan sekadar di sebut apabila mendengat khabar tentang kematian..Malah ketika kita di timpa musibah juga..

4. Juga menyebut "La haula wala quata illa billa" maksudnya Tiada kekuatan melainkan dariMU ya ALLAH..bersandarlah kepadaNYA selepas kita tiada kekuatan lagi..

5. Mengenai Zikir pula, tak perlu risau mengenai cara penyampaiannya..**berlagu atau pon tidak**
Sudah cukop memahami dan khusyuk ketika zikir kepadaNYA

6. Sekarang tidak ramai yang mengorbankan daging ketika raya haji, Namun ramai yang mengorbankan daging saudara sendiri..**mengumpat**

7. Jangan burukkan pemimpin..walaupon kita tidak menyukai cara kepimpinan beliau..
kerana suatu ketika dahulu, Nabi S.A.W pon sangat menghormati pemimpin yahudi malah meraikan kehadiran mereka..

8. Membiasakan dan mengamalkan lidah sentiasa menyebut "La ila haillallah"..kerana ayat itulah yang akan di sebut di saat nyawa berpisah dari jasad..

9. Setiasa berselawat ke atas NABI S.A.W..

mungkin ada lagi yang tertinggal, tapi mungkin tu jer yang Acik ingat..semoga perkongsian ini memberi sedikit ilmu utuk kalian..
Indahnya Hidup bersyariat a.k.a Indahnya Jika Kita Amalkan!
Terima Kasih dan Assalamualaikum!


 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png