Sunday, 6 October 2013

I am ALLIE


Hye guys! I am ALLIE..
time kaseh kepada yang memberi..
orang kate "orang memberi kita menerima",bukan merasa sebab bende ni tak boleh nak di makan..
buat lawak beruk pulak Acik ni..hihihihi!
comel kan ALLIE ni..
btw, time kaseh sangat2..
Acik xpernah mintak pon bende2 macam ni..
yang Acik nak adalah sokongan daripada anda!..
yeahhhh!i'm stronger...

Pesanan Si pemberi : 
"SENYUMLAH SENTIASA SEPERTI MANA SI ALLIE SENYUM"
insyaALLAH!i will try it!



Friday, 4 October 2013

~Kerana Terpaksa~

Hye!Assalamualaikum semua..Acik harap semuanya sihat dan ceria selalu yaaaa!


Setiap pertemuan ada perpisahanNnya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahNnya..
memang kita tidak meminta untuk mengakhiri perhubungan dengan perpisahan tetapi sebaliknya berlaku kerana kita sebagai manusia lemah..Begitulah hakikat hidup, berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah..Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan lebih daripada itu......

Setiap orang ada pengalaman masing-masing..
Bukan mudah untuk kita melupakan seseorang yang kita sayangkan..?orang yang teman kita setiap masa..orang yang mengejutkan kita dari tidur..orang yang buat kita ketawa..sedih..geram..marah.....
Namun, memang sukar untuk kita melupakan seseorang dalam masa yang singkat..itu semua kerana terpaksa, demi kebahagiaan dia..

sememangNnya untuk melupakan seseorang merupakan satu konflik yang berlaku dalam diri kita sendiri..ia mengambil masa yang lama untuk melupakan seseorang..Namun cuba untuk melupakan seseorang itu dengan memadamkan kenangan yang berlaku dahulu...Tapi adakah mampu melakukannya??Aku terpaksa kerana ingin dia bahagia...

Kadang-kadang kita perlu menerima realiti dengan hati yang terbuka dan nekad..Berhentilah dari segala mimpi..berharap...sebaliknya menerima dengan tenang dan ikhlas..
Ya ALLAH, sesungguhnya KAU tempat aku bersandar...


Ya ALLAH, KAU munculkanlah pelangi yang indah setelah KAU turunkan hujan dan ribut kepadaku..Aku yakin dengan segala apa yang KAU aturkan ada HIKMAH!


Datang dari HATI!


Tuesday, 1 October 2013

~Lupakan kisah silam~

Assalamualaikum..
hye semua..
kembali mengupdate setelah kembali tenang seperti sedia kala..
berbalik dengan kata-kata seorang SAHABAT PENA!
"Lupakan kisah silam seandainya ia menyakitkan, Cuba sibukkan diri dengan kerja yang boleh memotivasikan diri"


Alhamdulillah, dengan adanya sahabat yang sentiasa memberi kata2 positif,
serta sentiasa memberi semangat di saat semangatku longlai..
Acik masih mampu senyum dan bergembira sehinggalah di saat ini...
Thank you ALLAH!


 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png