Saturday, 1 June 2013

~Hepi Bezday ABAH~

Salam kamu,kamu dan kamu..wahhh!walaupon exam semakin hampir dan jantung semakin ingin terkeluar..masih menyempat lagi jari ni ingin menaip..semuanya untuk ABAH..!Straight to my Entry title is HEPI BEZDAY ABAH!okeyh..ALHAMDULILLAH harini merupakan hari lahir abah 2 JUN 2013, Maka abah sudah pon berumur 63 tahun...haa!tua kan abah acik..tapi tua bukan sebarang tua, even umur semakin bertambah..acik sangat kagum dengan ketabahan dan juga kekentalan abah dalam menjaga kami sekeluarga..walaupon mak acik tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri,Namun abah tetap sayang Mak..nak tau kenpa dengan mak acik??PICIT NI..tapi tak lah cerita sepenuhnya..tapi mungkin dengan gambar kalian dapat tahu..Opss!tujuannya bukan nak mintak simpati..tapi,Acik nak Mintak doa dari kalian..Semoga Mak sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan..hehehe..AMIN..~


ewah!nampak bergaya kan wak SARIMAN ni..ni la abah acik,orang kate muke acik ikot abah..terutama sekali tang dagu la..dalam adik beradik acik, acik sorang jer same dagu ngan abah..anak ABAH!kalau tengok raut wajah abah acik..nampak macam garang kan??sebenarnya tak pon..beliau sangat supporting dan ramah orangnya..samalah dengan SAYA..So,keramahan acik sama seperti abah..


Ade gaya tak?hehehe

AFTER telefon abah, tiba2 mengalir air mata..mase tuh berDRAMA seketika..seriusly,dulu acik bukan jenis tunjukkan KASIH SAYANG acik dekat MAK dan ABAH..Now,bila di pikir2kan semula..kita sebagai anak perlu lakukan semua tuh..Bcoz orang tua kita ofkos inginkan perhargaan atau rase dihargai daripada anak2 mereka..wat mase ni wang ringgit memang acik tak mampu nak hulurkan, hanya buat mereka tersenyum pon sudah cukop membahagiakan!

Doa acik untuk ABAH :

  • Semoga abah dipermudahkan dalam segala urusan
  • Semoga abah sentiasa diberkati dan dilindungi olehNYA, YA ALLAH hindarilah abah dari penyakit dan lindungilah dia dari segala macam bahaya
  • Semoga abah dipanjang usianya supaya acik sempat membalas jasa beliau dengan segulung ijazah,INSYAALLAH!
  • Lina Sayang ABAH..Lina akan belajar rajin2
oteyyy...abes suda untuk cerita harini..acik nak sambung semula..wa cau dulu,nak katamkan buku..kikikiki...harap2 mate ni tak mengantok la..Assalamualaikum semua!

Friday, 17 May 2013

~SeAndainya Tahu~

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda  rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

" it's from me..for u CINTA HATI "


ituLah KEHIDUPAN




Kehidupan bermula seseorang itu lahir ke muka bumi ini sehinggalah hembusan nafas terakhir. Kehidupan ini seperti roda, ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah. Berbekalkan semangat dan ketabahan kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini sama ada susah atau senang. Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan. Berkat usaha dan kesabaran kita akan mencapai kejayaan. Namun, tak semua yang kita usahakan, kita akan memperoleh segala impian kita. Ada masanya, semakin kita berusaha semakin dekat kegagalan yang datang menghampiri. Itulah hakikat kehidupan yang perlu kita terima, qada dan qadar yang telah ditetapkan. Sebagai manusia, kita harus sabar menghadapi ujian hidup ini.

Kenyataan adalah sesuatu yang menyakitkan, mengelirukan dan sukar difahami. Namun itulah yang harus ditelan walaupun pahit. Akur dengan segala ketentuan. Kehidupan adalah bukan cerita rekaan atau nukilan novel yang penghujungnya boleh direka dengan pengakhiran bahagia. Dalam kehidupan ini sukar dijangka. Kita terus mencari impian yang ingin kita gapai. Adakalanya semakin kita mencuba, kita semakin hampir dengan kekecewaan. Air mata pula menjadi teman setia. Kehangatan air mata seolah cuba merawat lebam dan luka di hati..

Pelbagai anggapan yang dilontarkan..Tapi tak pernah sedikit pun rase bosan untuk terus bersabar..Terima Kasih Cinta Hati..kerana dengan perkara pahitlah yang mengajarku erti kehidupan dan menjadikan diri ini lebih matang menjalani hari yang mendatang..
 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png