Friday, 10 August 2012

::eee..Kencing Malam::

Awok orang pernah kencing malam tak??*geleng2*..haper geleng2 kepala..nampk sangat menipu kalau cakap tak pernah..ish3..means mase kecik la,bukan mase besar..tp xmustahil kan even dah besar,kan3?macam citer aper tu aek??emmm..-,-‘..haaa!dah ingat pon..citer NGOMPOL..ala..yang Zed Zaidi berlaakon tuh..engat tak?*angguk2*..gud !engat pon.. ..Ngompol tu dalam istilah jawa,melayu dier kencing malam lah..orite!abaikan citer tadi..skang acik nak citer aper yang korag rase sebelum tilam korang basah!huhuhu..soalan giler punyer..

Dulu kalau kencing malam jer,mesti bangun awal kan..nak tau sebab aper?sebab takot kene marah lah dengan mak..dah la kene marah,belebe pulak..tapi nak wat camne dah takdir kan terkencing kat atas tilam…”ada2 jer acik ni..”bangun2 jer terus cepat2 mandi pastu keringkan tilam yang basah tuh!padahal bau jugak kan…eeerrrkkk…busyuk!masyam!hanshing!kuang3..

Bila mak Tanya jer..”kenapa kencing??”

Acik : ala..orang takot nak bangun lah..ada hantu kat bilek air tuh!kang kene cekik macam mane??xkecian ker ngan anak mak nie??

Mak : haaa!banyak la alasan ko?pergi jemur tilam kat luar..dah berbau tuh!

Acik : okeyh!sayang…(tipu jer,xder lah acik jawab macam tuh..kang xpasai kene lepuk!sakit ooo..tangan mak berbisa)

Alasan tuh helah acik jer sebenarnya..sebenarnya tiap kali acik ngompol..mesti acik ada mimpi..haa!jangan piker bukan2 taw..xbaik tau,mase ni kan kecik lagi..acik..acik…acik mimpi acik dah pergi bilek air,acik mane lah tau mase tu masih dalam mimpi..syok sangat kan tido,orang cakap kan mimpi tu mainan tido..tapi acik pulak kater,mimpi tu nikmat tido..means!nikmat ngompol atas tilam lah…hukhukhuk…

Tabiat kencing malam ni pulak ada punca dier..antaranya acik ni jenis suka sangat tidur depan kipas,sebenarnya xboleh tau..sebab sejuk,biler sejuk..haa..hamek la kau!mmg terkencing2 lah kau kat situ..mak acik banyak kali dah tegur jauhkan la kipas tu..telinga pulak jenis kalis suara..macam daun keladi,mmg tak la..degil acik nie!ish3…

Start jer acik masok tingkatan 1,dah ilang terus tabiat ngompol..omputeh cakap dah “matured” lah katekan,tu yang stop..alhamdulillah…if adek2 korang ada masalah mcm acik nie..haa!elakkan la dorang dari tidur betul2 kat depan kipas..opss!lagi 1 jangan kuat sangat melompat waktu main2 petang tuh..nanti ngompol..hahaha..

Thursday, 9 August 2012

::Tazkirah Untuk Kita Semua::

SALAM JUMAAT SEMUA!

Kerana sayangkan Sahabat,Lalu Aku Ingatkan Dia PadaNYA!hasil perkongsian bersama teman... together we gain the ibrah.. insyaallah..

Cerita bermula..Antara seorang pekerja dan ketua

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

**********************************************

Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

muhasabah diri..^^

Cara mengatasi pasangan yang sedang Marah!

❀◕ ‿ ◕❀Dalam membina perhubungan yang sempurna bukanlah mudah.Ada naik turunnya.Bergaduh dan bermasam muka sudah jadi perkara normal bagi pasangan bercinta.Tetapi, apa perkara yang sepatutnya dilakukan jika pasanganmu sedang marah? Hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa? Ambillah langkah-langkah sewajarnya bagi menjaga hubungan baik...
❀ Beri ruang

Pabila pasanganmu sedang marah atau berdiam diri tanpa memberi sebab , perkara yang terbaik adalah dengan memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri . Jangan bertanyakan soalan bertubi-tubi ! Kerana ia akan menimbulkan lagi kemarahannya. Faham tu ??

❀ Bertanyakan apa yang menganggu fikiran

Setelah segalanya reda , ambillah masa untuk bertanya kepada pasanganmu mengenai punca kemarahan . Komunikasi adalah penting ! Dengarlah segala luahannya tanpa membantah. Mendengar adalah kunci utama dalam berkomunikasi . Jadilah pendengar yang baik. Pasti si dia akan berasa lega setelah meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati..

❀ Api amarah jangan dibalas dengan api

Api dibalas dengan api sudah pasti membara jadinya ! Walau bagaimana marah sekali pun si dia , janganlah dibalas dengan perasaan marah . Perkara terbaik yang patut dilakukan adalah sabar, sabar dan sabar !! Itulah perkara penting dalam membina perhubungan yang abadi. Percayalah, jika si dia melihat kamu bersabar dengan kerenahnya , pasti hatinya akan jadi lembut walaupun sedikit..

❀ Layan dengan baik

Perasaan sejuk akan timbul sekiranya melayan pasanganmu dengan baik. Tunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang terhadapnya. Pelbagai perkara 'non-verbal' boleh dilakukan untuk memujuk hati si dia . Antaranya, hiburkan hatinya dengan lawak jenaka atau sesuatu perkara romantis yang boleh mengembalikan senyumannya..

❀ Mengaku kesalahan anda jika berbuat salah

Jika anda melakukan kesalahan , cepat-cepat mengaku kesalahan anda dan memint maaf sebelum pasangan anda naik angin gila . Mengaku kesalahan adalah benda paling mulia dilakukan , jika si dia nak marah lagi , sekurang-kurangnya anda berlaku jujur dengan perhubungan anda..

❀ Jangan Katakan “Aku benci Kamu” or "I hate You".

Apa pun yang Anda rasakan saat bertengkar, jangan pernah sekali pun mengeluarkan ungkapan benci. Apalagi jika sebenarnya Anda tidak bermaksud seperti yang Anda katakan. Ungkapan seperti, “Aku benci kalau kamu bersikap seperti itu”, akan lebih enak didengar dibandingkan “Aku benci padamu”.

❀ Jika keadaan semakin tegang, apa yg anda perlu buat adalah BERSERAH JE LA..

Mungkin memang hari tu adalah takdir anda untuk dimarahi seseorang. Bila anda berserah, jangan lupa baca ayat Al-Quran surah 4 kul, dan hembuskan ke muka pasangan anda. Nescaya dengan izin ALLAH, marahnya akan berkurangan sekejap sahaja. .

p/s:semoga anda berjaya!
 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png