Wednesday, 8 August 2012

::Kek Batik Acik::

Banyak-banyak kek, kek batik lah kek yang paling senang nak buat dalam dunia. Tak payah susah-susah nak bake, tak payah pakai tepung, bahan-bahan nak buat kek ni pon senang nak dapat dan murah!

Okeyh!ni lah bahan-bahan nya:

*1 paket Milo (yang paling kecik tau)

*1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian)

*1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)

*1 sudu besar esen vanilla (saja nak bagi wangi)

*1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan sebab terlampau manis)

Cara-cara nak buat:

*Masukkan seketul butter, sepaket milo kecik tu (habiskan je terus) dengan susu di dalam kuali/periuk anda. Dan kacau laju-laju. Kacau je, jangan bagi dia berketul ok. Sebab mende alah ni senang sangat nak berketul. So memang kena kacau laju-laju macam kipas dekat syiling pasang nombor 4 (ok dah cukup kelajuan tu)

*Pastu, kalau dah tengok dia macam blup blup blup buih menggelegak tu, masukkan biskut marie pulak. Kacau biskut tu bagi semua body body biskut tu dimandikan coklat . Tutup api.

*Jangan kacau lama sangat atas api, karang dia lembik pulak Masuk kan dalam loyang, pastu tekap tekap kan permukaan kek batik tu guna sudu, kasi mampatkan kek tu dan bagi semua biskut tu mendapat tempat dan ruang yang hak dan saksama..

*Rasa-rasa macam dah puas hati, masuk dalam peti ais. Dalam 4 jam masuk dalam peti ais, boleh keluarkan. Nak semalaman sejuk kan pon boleh senang je kan nak buat kek batik ni? Dah lah senang pastu sedap pulak..

*Tapi kek batik ni ada macam-macam versi. Ada yang guna telur. Tapi aku tak pasti kalau guna telur lagi sedap ke apa, sebab aku tak pernah buat guna telur. Ada sesetengah orang suka yang lembik, ada gak suka yang rangup,ada yang suka yang sebijik macam kek. Macam acik, acik suka kek batik tu macam melekit sikit, bila makan tu sticky dekat tangan, ada sesetengah orang tak suka yang sticky, so ikut tekak masing-masing lahKalau nak sedap, boleh tambah nestum dengan kacang jugak..

okeyh!selamat mencube!

Tuesday, 7 August 2012

::MalaM YanG DinanTiKaN::

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.. Kini kita semua sudah berada di Akhir bulan bulan Ramadhan. Lebih kurang lagi 10 hari sahaja lagi untuk kita merebut ganjaran yang berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ini..saat hari yang di nanti2kan oleh semua umat islam..iaitu malam LAILATULQADAR..

Apakah yang dimaksudkan dengan malam tersebut??10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar"..

Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan..

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat..

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

✿Udara dan suasana pagi yang tenang..

✿Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya..

✿ Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan) ..

✿Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya..

Selamat menjalani ibadah puasa!

::Siapa Saya::

Assalamualaikum
Pertama sekali..Taniah buat korang yang sudi melapangkan sedikit masa untuk jenguk page "Siapa Saya" nie..Dalam ramai jiwa yang berkunjung ke blog Acik..Anda adalah salah seorang yang dah jatuh cinta kat Acik..eh kat blog Acik dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Acik..Terima Kasih!
Firstly,mari kita mulakan dengan sesi berta’aruf..Acik berasal dari Kuantan..Dilahirkan pada 8 September..kini sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris,telah menceburkan diri dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Multimedia..wallah2x!pendidikan..tapi xsemestinya jadi cikgu lah..tapi if ada rezeki,Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran..
Keluarga
Semua orang ada keluarga kan..keluarga mestilah yang pertama sekali..acik mempunyai 6 beradik,abah dan emak..totally 12 0rang,uiks!xpandai kira ker..hihihi..xder la..yang lagi 4 orang tu termasuklah abang ipar dan anak saudara…”OoOoo..”dah jadi makcik rupanya..bila pulak nak jadi mak orang??hahaha..opkos la lambat lagi..kene kejar cita2 dulu,barulah bina masjid..
Percintaan..
Wahh!muka RXZ tapi hati LAGENDA tau.. Kecik2 lagi dah nak bercinta..huhu..kata nak kejar cita2,tapi macam kejar cinta jer..hmmm,xder lah,dua2 tu mestilah kene ada..”yer2 jer acik ni!”biasalah adat percintaan,ada suka ada jugak duka^^sob3..sama2 menempuh apa yang ada di hadapan…dah2 stop sampai sini..^^
Persahabatan..
upin & ipin cakap “sahabat untuk selamanya”…
Kawan tu ramai,tetapi sahabat ialah seorang yang sanggup ketawa dan nangis bersama..nak kenal kawan2 acik yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan??
Inilah mereka,kami sentiasa tersenyum walau di mana pon kami berada..persahabatan yang telah lama terjalin sejak kecil.. umur yang berbeza dan wajah yang tidak sama..hari2 yang di lalui sentiasa bersama..ketika menangis,bermain,bergembira juga berjenaka..Amat sukar untuk melupakan kenangan yang indah bersama sahabat tercinta..bak kata pepatah,”tak lekang dek hujan,tak reput dek panas..”betul ker peribahasa ni..hentam jer la…mustahil lah!sentiasa bersame??walla2x..terlupe plak nak citer,tapi sejak masing2 dah meningkat dewasa,kami terpisah untuk sementare demi menengejar mase depan yang bakal menerangi hidup masing2..insyaALLAH!
okeyh!da abes sesi perkenalan kita..sampai sini jer tau..terima kaseh!
 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png