✿3 cawan tepung gandum atau tepung superfine atau tepung berprotein tinggi
✿1 cawan susu suam
✿2 sudu kecil gula
✿setengah peket yeast mauripan
✿(cara2 buat doh ada juga dalam resipi yang kita dapat bila beli mauripan yeast
bahan untuk topping:✿1 tin kecil sardin (tuna pun boleh juga)
✿1 labu bawang besar di hiris
✿1 tin cendawan butang
✿keju parut atau keju slice di siat-siat
✿nenas kiub jika suka
✿sedikit oregano
✿garam dan gula secukup rasa
✿sedikit pepper, white or black ikut suka
Cara-cara✿untuk buat doh, kacau gula dan yeast didalam susu suam. biarkan hingga berbuih
✿tuang kedalam tepung, dan uli tepung hingga menjadi doh yang licin
✿tutup doh dengan tuala basah dan biarkan selama 1/2 jam hingga 45 min
untuk topping:✿tumis bawang besar, masukkan sardin dan kacau hingga sardin hancur
✿tabur sedikit oregano
✿rasakan garam dan gula serta pepper
✿gaulkan separuh daripada cendawan butang
✿doh yang telah dibiarkan tadi, ditumbuk2 untuk buang udara, dan di canai ikut saiz pizza pan
✿ratakan sardin tadi diatas doh
✿tabur separuh lagi sendawan butang dan nenas
✿taburkan keju
✿bakar dalam oven selama kira2 30 min pada suhu 180-190 darjah C
✿jika suka, boleh tambah topping dgn capsicum, olive..dll
Lepas ni xperlu perlu pergi ke PIZZA HUT lagi...^^
No comments:
Post a Comment