Saturday 31 May 2014

Debaran seorang GURU PELATIH

Assalamualaikum..nak ceritanya sekarang da mula cuti study week..masing2 sibuk dengan kampung masing2..tetapi gua?? masih di sini..menanti bila sume keje2 selesai... makin gua rase nak balik cepat, tapi makin banyak mase di habiskan dengan melayan movie, tidur, makan dan bersembang... arghhh! ni semua dugaan..

Btw, tiada mengapalah duduk di sini agak lame..semester depan gua sudah pon mau keluar praktikum.. cettt! percaya atau tidak AMALINA bakal jadi GURU PELATIH.. tapi gua sendiri masih terkedip-kedip mata sambil menampar pipi kiri dan kanan.. kenyataan atau mimpi??

Jangankan korang yang tak percaya.. Sehinggakan gua sendiri masih dalam kemamaian..eh, betul ker?betul ker? takot tu bukan main lagi... mampukah gua? orite! gua mahu kalian doakan semoga AMALINA dipermudahkan semasa dan sepanjang menjadi PENDIDIK..

SMK PULAU NYIOR, Jitra... haaa!insyaALLAH jika dipanjangkan umur..gua akan berkhidmat di situ selama 4 bulan..

 bakal2 guru yang sama2 berjuang selama 3 tahun mungkin..




Pesanan PENAJA : Selamat berPRAKTIKUM untuk kengkawan lain..gunakan masa praktikum ni untuk mencari pengalaman, bukan mencari bebanan! :D
 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png