Pabila pasanganmu sedang marah atau berdiam diri tanpa memberi sebab , perkara yang terbaik adalah dengan memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri . Jangan bertanyakan soalan bertubi-tubi ! Kerana ia akan menimbulkan lagi kemarahannya. Faham tu ??
❀ Bertanyakan apa yang menganggu fikiranSetelah segalanya reda , ambillah masa untuk bertanya kepada pasanganmu mengenai punca kemarahan . Komunikasi adalah penting ! Dengarlah segala luahannya tanpa membantah. Mendengar adalah kunci utama dalam berkomunikasi . Jadilah pendengar yang baik. Pasti si dia akan berasa lega setelah meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati..
❀ Api amarah jangan dibalas dengan apiApi dibalas dengan api sudah pasti membara jadinya ! Walau bagaimana marah sekali pun si dia , janganlah dibalas dengan perasaan marah . Perkara terbaik yang patut dilakukan adalah sabar, sabar dan sabar !! Itulah perkara penting dalam membina perhubungan yang abadi. Percayalah, jika si dia melihat kamu bersabar dengan kerenahnya , pasti hatinya akan jadi lembut walaupun sedikit..
❀ Layan dengan baikPerasaan sejuk akan timbul sekiranya melayan pasanganmu dengan baik. Tunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang terhadapnya. Pelbagai perkara 'non-verbal' boleh dilakukan untuk memujuk hati si dia . Antaranya, hiburkan hatinya dengan lawak jenaka atau sesuatu perkara romantis yang boleh mengembalikan senyumannya..
❀ Mengaku kesalahan anda jika berbuat salahJika anda melakukan kesalahan , cepat-cepat mengaku kesalahan anda dan memint maaf sebelum pasangan anda naik angin gila . Mengaku kesalahan adalah benda paling mulia dilakukan , jika si dia nak marah lagi , sekurang-kurangnya anda berlaku jujur dengan perhubungan anda..
❀ Jangan Katakan “Aku benci Kamu” or "I hate You".Apa pun yang Anda rasakan saat bertengkar, jangan pernah sekali pun mengeluarkan ungkapan benci. Apalagi jika sebenarnya Anda tidak bermaksud seperti yang Anda katakan. Ungkapan seperti, “Aku benci kalau kamu bersikap seperti itu”, akan lebih enak didengar dibandingkan “Aku benci padamu”.
❀ Jika keadaan semakin tegang, apa yg anda perlu buat adalah BERSERAH JE LA..Mungkin memang hari tu adalah takdir anda untuk dimarahi seseorang. Bila anda berserah, jangan lupa baca ayat Al-Quran surah 4 kul, dan hembuskan ke muka pasangan anda. Nescaya dengan izin ALLAH, marahnya akan berkurangan sekejap sahaja. .
No comments:
Post a Comment