Cuaca di luar rumah,masih mendung dan gelap,..Sang matahari menyembunyikan dirinya di sebalik awan yang redup,.,Hanya biasan cahaya sahaja yang bisa mencelahi disebalik kegelapan itu,.Tiada petanda yang menunjukkan hari itu Hari yang Cerah,..Seolah-olah waktu itu, masih awal ,.lebih kurang pukul 8.00 pagi,.Padahal,.waktu berlalu dengan pantasnya menghampiri pukul 12.40 pm..
Lalu ku hirup udara segar yang telah di berikan oleh MAHA PENCIPTA..timbul rasa bersyukur yang tidak terhingga meski diri ini terlalu daif untuk di kurniakan nikmat sebegitu sempurne olehNYA..
Andai diri ini khilaf kepadaMu,KAU sedarkanlah sebelum aku terlambat..
Dah lama nak mencatat apa yang terkandung dalam hati ini..namun baru sekarang Acik berani untuk bercerita bersame kalian..walaupon ia hanya sebuah tulisan bukan dari lafaz bibir..Dengan cara inilah yang termampu untuk meluahkan..Acik bukanlah seorang yang mudah untuk meluahkan apa yang Acik rasekan kepada orang..itulah Acik sebenar,hanya berlakon di hadapan orang..berpura-pura gembira..KAdang-kadang bila hati tak mampu menahan kesedihan, bibir yang sentiasa mengukir senyuman..mata yang pandai menyorokkan segala kesedihan, berubah menjadi seorang yang lemah!
Yaaa!sebenarnya lemah!namun Acik cuba untuk tidak meluahkan atau menunjukkan kesedihan kepada rakan lain..biarlah orang menyakitkan kita,jangan kita menyakitkan orang..Acik bukan sesiapa,. hanya Seorang hambaNya yang kerdil,.Yang tidak lari dari salah dan silap,.Kerana Saya bukan sempurna,.
Sering sahabat berkata :
" Acik ni galok lah..peramah sangat ngan orang..sengeh sokmo"
Terus Acik ketawa berdekah-dekah,.Sengaja Acik cuba mengusik dan bergurau dengan kawan,. menyembunyikan perasaan yang tersirat di jiwa,.Menangis di dalam hati,.Tak mampu untuk diluahkan,.
Bibir ketawa, Hati menanges!
Menyuruh orang lain bersabar dengan musibah adalah mudah,namun apabila ujian atau dugaan terpikul di bahu sendiri,hakikatnya ia sungguh payah.Sebagai hamba Allah,kita tidak dapat lari dari ujian dan dugaan yang meremuk redamkan hati kita dengan kekecewaan dan kesedihan.Sudah lumrah manusia untuk merasa sedih dan kecewa..Lain orang lain cara menangganinya,.Ada yang menzahirkan kekecewaan dengan air mata yang mencurah,ada yang berlawan dengan keegoan dan ada juga yang menangis di dalam hati,meskipun bibirnya tersenyum lebar.
Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan.Jauh sekali,untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan.Sesekali menangis,.hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil..Sesekali menangis,jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha..Sesekali menangis,percayalah,Bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih,tetapi Dia mahu kita rapat padaNya,lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya,.Subhanallah!
Doakan AKU terus tabah untuk berdiri di atas pentas dunia!