Friday 17 May 2013

~SeAndainya Tahu~

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda  rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

" it's from me..for u CINTA HATI "


ituLah KEHIDUPAN




Kehidupan bermula seseorang itu lahir ke muka bumi ini sehinggalah hembusan nafas terakhir. Kehidupan ini seperti roda, ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah. Berbekalkan semangat dan ketabahan kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini sama ada susah atau senang. Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan. Berkat usaha dan kesabaran kita akan mencapai kejayaan. Namun, tak semua yang kita usahakan, kita akan memperoleh segala impian kita. Ada masanya, semakin kita berusaha semakin dekat kegagalan yang datang menghampiri. Itulah hakikat kehidupan yang perlu kita terima, qada dan qadar yang telah ditetapkan. Sebagai manusia, kita harus sabar menghadapi ujian hidup ini.

Kenyataan adalah sesuatu yang menyakitkan, mengelirukan dan sukar difahami. Namun itulah yang harus ditelan walaupun pahit. Akur dengan segala ketentuan. Kehidupan adalah bukan cerita rekaan atau nukilan novel yang penghujungnya boleh direka dengan pengakhiran bahagia. Dalam kehidupan ini sukar dijangka. Kita terus mencari impian yang ingin kita gapai. Adakalanya semakin kita mencuba, kita semakin hampir dengan kekecewaan. Air mata pula menjadi teman setia. Kehangatan air mata seolah cuba merawat lebam dan luka di hati..

Pelbagai anggapan yang dilontarkan..Tapi tak pernah sedikit pun rase bosan untuk terus bersabar..Terima Kasih Cinta Hati..kerana dengan perkara pahitlah yang mengajarku erti kehidupan dan menjadikan diri ini lebih matang menjalani hari yang mendatang..

Wednesday 1 May 2013

:: Sweet Moment ::

Alhamdulillah,masih di beri peluang untuk bernafas..even,kejap lagi ade kelas..tidaklah menjadi penghalang untuk acik meluangkan masa sedikit mengadap lappy..fuhhh!berhabuk dah blog ni..bukan aper,dah lame tak berhupdate..ehem2!hari ni mood acik nak bercerita sikit..agak2 aper yang sweet moment sangat tu eyh..by the way, sebelum ni tak pernah pon acik nak bercerita tentang hal yang sweet2 kat blog..but,orang kate hati tengah berbunga lah katekan..So,jari jemari tengah gatal untuk menaip..lalu keyboard memanggil-manggil suruh mengarang,,haisshh!what's the SWEET MOMENT..ceyhhh...

Before acik bercerita dengan lebih lanjut lagi..acik nak explain apa itu CINTA..

CINTA

Cinta adalah satu perasaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata., tidak dapat ditulis dengan kertas dan pena, tidak dapat dipertontonkan dengan lakonan tapi CINTA adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran . Tidak mengharap pasangan yang sempurna, cukuplah dia terasa sempurna bila bersama pasangan.

Apa pula cinta sejati..? Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari sebuah hati ke sebuah hati. Cinta sejati bukan lahir kerana harta mahupun rupa paras kerana rupa paras akan berubah dari masa ke semasa. Cinta sejati memerlukan pengorbanan,keikhlasan, keyakinan, keimanan dan yang paling penting adalah keredhaan dari Dia untuk mendapat cinta abadi.

Cinta pula terbahagi kepada banyak cabang..cinta kepada ALLAH, RASUL ,IBUBAPA, FAMILY, KAWAN2 dan juga tettttt..!faham2 jer la...huh!


ewah2..!haa...sape tuh!sape tuh!yeaahh..itulah CINTA HATI a.k.a my future IMAM,insyaALLAH...
AMIN..aper2 pon semua tuh belum tentu..saya hanya manusia biasa cuma mampu merancang, hanya DIA yang menentukan..Sapelah kita nak menolak takdir kan..Actually,aper yang membuat kan acik hari2 tersenyum biler teringatkan perangainya yang agak gila..Opss!terlepas suda..jangan marah nah..Alhamdulillah,selama mengenalinya banyak benda yang acik belajar..kata-kata yang sentiasa terngiang2 kat telinga ni.." jadi diri sendiri dan jangan ukur diri kita dengan orang lain " lebey kurang macam tu lah..maksudnya tak perlu nak ikot orang lain and then buat sesuatu bende tuh atas kemampuan kite..hmmm..cmtu eyh..cenggitu la kot..kikikiki...sebenarnya tak banyak bende pon yang acik nak cerita untuk entry kali ni..okeyh..Chill ur life yeahhh!!insyaALLAH..

Hello..biler u nak sampai ni..i dah lame tggu u..lupe ker!lupe ker!..krekkkk...kegedikan..!




kesemuanya agak poyo dan syok sendiri..ok la cau dulu nak pergi ke kelas..



 photo left.png  photo right.png  photo pink_heart.png